Semua 123 cawangan lembaga Tabung Haji (TH) di seluruh negara akan beroperasi pada hari Ahad, 8 Mei 2022, bagi membolehkan bakal haji yang terpilih pada musim haji 1443H/2022M untuk menghantar surat terima tawaran haji, buku rekod rawatan setelah pemeriksaan kesihatan dibuat dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.